Make your own free website on Tripod.com

SmartFlex Business Management & Consulting Services (SA0005258-U)

No. 10 Jalan Zirkon E 7 / E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Nazra @ 019-614-5528, Azmin @ 019-220-7634

e-mail: smartflex_b2b@yahoo.com

[ HOME | PRINT | e-Mail SmartFlex]

 

SKIM LATIHAN GRADUAN/05 PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

1.

TUJUAN

 

 

 

Tujuan Skim Latihan Graduan/05 (SLG/05) dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk membantu dan meningkatkan para graduan yang masih menganggur dengan kemahiran khusus seperti Pembangunan Eksekutif, Pemasaran, Perakaunan Perniagaan, Perancangan Kewangan & Pengurusan Harta, Microsoft Certifed System Engineer, Cisco Certified Network and Professional, Linux System Administrator, Web Publishing & Web Application Development, Bahasa Inggeris, Pemandu Pelancong & Pengurusan Acara serta Keusahawanan bagi memperluaskan peluang mereka mendapat pekerjaan.

 

 

2.

KUMPULAN SASAR

 

 

 

Kumpulan sasar skim ini adalah para graduan yang telah memperolehi Ijazah atau Diploma pada 2003 dan selepas, dalam apa jua bidang serta masih menganggur dan tidak pernah mendapat pekerjaan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azmin di 019-211-9307 / 019-220-7634, atau e-Mail SmartFlex , tempat adalah terhad.

 

 

3.

TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 

 

 

3.1

Hanya graduan warganegara Malaysia yang memperolehi Ijazah atau Diploma pada tahun 2003 dan selepas serta masih menganggur dan tidak pernah bekerja sahaja yang layak memohon di bawah skim ini.

 

 

3.2

Pemohon hendaklah telah tamat pengajian tidak kurang daripada 6 bulan dan mereka hendaklah tidak pernah bekerja semenjak menamatkan pengajian.

 

 

3.3

Calon yang memiliki kelulusan di peringkat sarjana dan ke atas tidak layak memohon.

 

 

3.4

Borang permohonan hendaklah diterima oleh SmartFlex sekurang-kurangnya satu bulan sebelum kursus bermula. Walaubagaimanapun, bagi program yang bermula pada bulan September, borang permohonan hendaklah dikemukakan pada bulan Ogos. Bagi program yang bermula pada bulan Oktober, borang permohonan hendaklah dikemukakan pada bulan September dan bukannya pada bulan Ogos. Bagi program yang bermula pada bulan November pula, borang permohonan hendaklah dikemukakan pada bulan Oktober.

 

 

3.5

Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan melalui SmartFlex dengan menggunakan borang permohonan PSMB/SLG/1/05 dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut :-

3.5.1

Salinan kad pengenalan baru dan salinan sijil akademik terakhir (Diploma atau Ijazah) yang telah disahkan sama ada oleh Wakil Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Guru Besar atau Pengetua Sekolah, Penghulu, Penggawa, Tuai Rumah atau Ketua Kaum, Ketua Mukim Bertauliah, Pegawai Kerajaan Kumpulan A ataupun Jaksa Pendamai.

 

 

3.5.2

Pemohon yang masih belum mendapat sijil akademik, boleh mengemukakan salinan asal keputusan peperiksaan bagi semester terakhir yang telah disahkan oleh Pendaftar universiti yang menyatakan bahawa pengajian mereka telah tamat. Bagi Institusi Pengajian Tinggi Swasta, yang tidak mempunyai Pendaftar, pemohon boleh mendapatkan pengesahan dari Ketua Bahagian Kemasukan/ Pentadbiran.

 

 

3.5.4

Kesemua kelulusan akademik seperti sijil akademik yang asal dan keputusan peperiksaan semester terakhir perlu disemak oleh SmartFlex terlebih dahulu sebelum diberi kelulusan.

 

 

3.6

Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu borang permohonan sahaja kepada SmartFlex mengikut pilihan kursus/ program masing-masing.

 

 

3.7

Peserta kursus mestilah menyempurnakan semua syarat-syarat penganugerahan sijil seperti projek, tugasan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh penyedia latihan. Peserta yang mengikuti program profesional seperti Microsoft Certified System Engineer (MCSE), Cisco Certified NetworkandProfessional (CCNP) dan Linux System Administrator (LSA) adalah diwajibkan untuk menduduki peperiksaan profesional.

 

 

3.9

Semasa latihan, kesemua peserta mestilah menyiapkan semua kerja, tugasan dan projek. Peserta dikehendaki mengambil bahagian secara aktif dalam semua latihan praktikal, pembentangan dan latihan simulasi seperti yang diarah oleh penyedia latihan. Peserta juga dikehendaki menyimpan profil latihan bagi tempoh latihan.

 

 

3.10

Semasa peserta menjalani program sangkutan, kesemua peserta perlulah mematuhi apa-apa syarat ataupun peraturan yang telah ditetapkan oleh majikan.

 

 

3.11

Sekiranya pemohon pernah diluluskan untuk mengikuti kursus di bawah Skim Latihan Graduan, PSMB-ACCP atau mana-mana skim latihan di bawah “Skim Sangkutan Latihan (SSL)”, mereka tidak lagi layak untuk mengikuti skim latihan ini. Begitu juga bagi pemohon yang telah diluluskan di bawah Skim Latihan Pekerja Yang Dihentikan Kerja dan Penganggur, mereka juga tidak layak untuk mengikuti skim latihan ini.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azmin di 019-211-9307 / 019-220-7634, atau e-Mail SmartFlex , tempat adalah terhad.

 

 

4.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM YANG DITAWARKAN

 

 

 

4.1

Syarat-syarat kemasukan peserta bagi setiap program latihan adalah seperti berikut:

 

Tajuk Program

Syarat-syarat

i)

Sijil Pembangunan Eksekutif, Pemasaran, Perakaunan Perniagaan, Perancangan Kewangan & Pengurusan Harta, Web Publishing & Web Application Development, Pemandu Pelancong & Pengurusan Acara, Keusahawanan dan Bahasa Inggeris

Pemohon mestilah mempunyai Ijazah atau Diploma dalam apa-apa bidang. Bagi Web Publishing & Web Application Development, pemohon perlu memperolehi kredit dalam subjek Matematik dan Sains di peringkat SPM.

ii)

Microsoft Certified System Engineer (MCSE) dan Linux System Administrator (LSA)

Pemohon mestilah mempunyai Ijazah ataupun Diploma dalam bidang komputer atau kejuruteraan.

iii)

Cisco Certified Network and Professional (CCNP)

Pemohon mestilah mempunyai Ijazah dalam bidang komputer atau kejuruteraan.

 

 

4.2

Sekiranya peserta berhenti dari menjalani latihan dipertengahan kursus, bantuan kewangan yang diberikan akan ditamatkan.

 

 

 

5.

PENAWARAN PROGRAM LATIHAN

 

 

 

 

5.1

Tempoh latihan bagi program-program yang ditawarkan di bawah skim ini adalah seperti berikut:-

 

Tajuk program

Tempoh latihan di premis penyedia latihan

Tempoh program sangkutan

i)

Sijil Pembangunan Eksekutif

3 bulan

2 bulan

ii)

Sijil Pemasaran

3 bulan

2 bulan

iii)

Sijil Perakaunan Perniagaan

5 bulan

2 bulan

iv)

Sijil Perancangan Kewangan & Pengurusan Harta

3 bulan

2 bulan

v)

Microsoft Certified System Engineer (MCSE)

2.5 bulan

2 bulan

vi)

Cisco Certified Network and Profesional (CCNP)

3 bulan

2 bulan

vii)

Linux System Administrator (LSA)

3 bulan

2 bulan

viii)

Web Publishing & Web Application Development

3.5 bulan

2 bulan

xi)

Sijil Bahasa Inggeris

4 bulan

2 bulan

x)

Sijil Pemandu Pelancong Dan Pengurusan Acara

3 bulan

2 bulan

xi)

Sijil Keusahawanan

3 bulan

2 bulan

 

 

5.2

Program-program latihan yang ditawarkan di bawah skim ini adalah berteraskan penggunaan (application based) dan kemahiran serta berpandukan kepada kurikulum kursus yang dibangunkan oleh PSMB dengan bantuan pakar.

 

 

5.3

Program-program yang ditawarkan akan ditambah dari semasa ke semasa.

 

 

5.4

Sijil kehadiran akan diberikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad kepada peserta yang berjaya menamatkan keseluruhan kursus latihan dengan peratus kedatangan sekurang-kurangnya 75%.

 

 

 

9.

KURSUS SEPENUH MASA

 

 

 

9.1

Latihan yang dijalankan adalah secara sepenuh masa. Takrif kursus sepenuh masa di bawah skim ini adalah kursus yang dijalankan sekurang-kurangnya 6 jam sehari (tidak temasuk makan tengahari), dan 5 hari seminggu (tidak termasuk cuti umum). Latihan hendaklah bermula pada jam 9 pagi bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan latihan boleh dimulakan lebih awal dari jam 9 pagi bagi negeri Sabah dan Sarawak .

 

 

9.2

Sekiranya pelatih berhenti di pertengahan kursus kerana mendapat pekerjaan, pelatih boleh meneruskan latihan secara separuh masa jika penyedia latihan boleh menawarkan program yang sama secara separuh masa. Penyambungan latihan secara separuh masa ini mestilah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pemberhentian pelatih tersebut. Kelulusan PSMB perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum pelatih berkenaan meneruskan latihan. Elaun bulanan pelatih tidak akan dibayar semasa pelatih tersebut menjalani latihan secara separuh masa.

 

 

10.

YURAN LATIHAN

 

 

 

10.1

Yuran latihan adalah meliputi nota dan manual latihan. Bagi kursus Microsoft Certified System Engineer (MCSE), Cisco Certified Network and Professional (CCNP) dan Linux System Administrator (LSA) yuran latihan adalah meliputi nota, manual latihan asal dan yuran peperiksaan profesional.

 

 

10.2

Yuran latihan akan dibayar oleh PSMB kepada SmartFlex selepas pelatih menamatkan sesuatu modul atau kombinasi modul, berasaskan yuran yang telah ditetapkan oleh PSMB.

 

 

10.4

Bagi program latihan yang mengkehendaki pelatih menduduki peperiksaan profesional, pelatih perlu mengambil peperiksaan sebaik sahaja sesuatu modul atau kombinasi modul tamat. Pelatih-pelatih tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan semasa latihan sangkutan. Kesemua pelatih dimestikan mengambil peperiksaan seperti yang ditetapkan dan kegagalan pelatih mengambil peperiksaan adalah menjadi tanggungjawab penyedia latihan.

 

 

 

11.

PROSEDUR BAYARAN ELAUN BULANAN DAN TUNTUTAN YURAN LATIHAN

 

 

11.1

PEMBAYARAN ELAUN BULANAN

a)

Pembayaran elaun bulanan adalah melalui akaun simpanan RHB Bank atau Bank Simpanan Nasional (BSN). Pelatih hendaklah membuka akaun simpanan di mana-mana cawangan RHB Bank atau BSN yang berhampiran.

 

 

b)

Pada masa mengemukakan permohonan, sila nyatakan No. Akaun bank di dalam borang permohonan dan sertakan dua salinan fotostat buku akaun iaitu:

  • Helaian pertama yang menunjukkan nama dan nombor akaun.
  • Helaian kedua yang menunjukkan transaksi yang terkini atau yang telah dikemaskini.(sila pastikan bahawa akaun bank masih boleh digunakan dan bukan akaun bank yang dormant)

 

 

c)

Elaun sebanyak RM350.00 akan dibayar kepada pelatih pada minggu pertama bulan berikutnya, sekiranya penyedia latihan telah menghantar semua dokumen berkaitan kepada PSMB. Kehadiran adalah diwajibkan. Jika pelatih tidak hadir latihan, sebanyak RM11.67 akan ditolak dari jumlah elaun bulanan bagi setiap hari tidak hadir latihan kecuali atas sebab-sebab kesihatan dan dibuktikan dengan sijil cuti sakit dari doktor yang bertauliah. Jumlah maksimum elaun bulanan tidak akan melebihi RM350.00 pada setiap bulan.

 

 [ HOME | PRINT | e-Mail SmartFlex ]

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azmin di 019-211-9307 / 019-220-7634, atau e-Mail SmartFlex , tempat adalah terhad.

 

© SmartFlex Business Management & Consulting Services (SA0005258-U)

No. 10 Jalan Zirkon E 7 / E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Nazra @ 019-614-5528, Azmin @ 019-220-7634

e-mail: smartflex_b2b@yahoo.com